MASJID KRISTAL ,TAMAN TAMADUN ISLAM,PULAU WAN MAN,KUALA TERENGGANU,MALAYSIA

Posted by Posted by photography-aam On 1:55 AM



Masjid kristal

 Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan di taman tamadun islam.

 Pembinaan

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

0 comments

Post a Comment