Kali ini bercerita tentang pantai yang cantik, Awana Kijal Golf, Beach and Spa di Terengganu Darul Iman menyajikan anda kedamaian dan ketenangan menghirup udara pantai. Terasa kesegaran dan keasyikan ketika bercuti dan beriadah di Awana Kijal, Terengganu.
Di Awana Kijal, anda disediakan percutian mewah dan menarik serta kemudahan yang sesuai untuk percutian bagi yang inginkan beriadah dengan bermain golf, padang golf 18 lubang sedia menanti kehadiran anda dengan pakej menarik dan berpatutan. Bagi yang inginkan melakukan aktiviti lain sama ada 'Outdoor' ataupun' indoor' Awana Kijal menyediakan pakej kemudahan menarik mengikut citarasa anda seperti berbasikal, jakuzi, sauna, lawatan ke kampung dan lain-lain lagi. Aktiviti melihat penyu juga disediakan, mana tidak Terengganu terkenal dengan tempat pendaratan penyu. Jika anda ingin membeli belah dan melawat tempat menarik di Terengganu, Awana kijal juga menyediakan 'Tour City' untuk anda. Spa juga disediakan untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan, dengan pakej-pakej menarik, anda pasti terpukau.
1 Comment
perghhh...org kayee..
Posted on March 20, 2010 at 10:14 AM
Post a Comment